Sunday, April 21, 2013

ReView "SMILE" BY Irma Hasmie


Tajuk : Smile
Penebit : PTS MILLENNIA SDN.BHD
Harga : RM 13.00
Penulis : Irma Hasmie , Zamri Mohamad
Jenis : Motivasi
Bil Muka surat : 128


i am a book lover, tapi buku motivasi bukan salah satu dari senarai yg akan dibaca,
Bagi  pendapat saya, bertimbun mana pun buku yang dibaca, atau ceramah motivasi yang diberi
kalau ada satu sifat yang kita tidak ubah, contohnya penyakit malas dan bertangguh yang memang sinonim dengan saya nie, selagi cara pemikiran dan tindakan tidak di ambil atau diubah, 
Selagi itu mustahil untuk kita untuk berubah,

Benda nie sebenarnya datang dari cara kita berfikir, memahami konsep dan bergerak untuk merealisasikannya, bukan dari buku dan ceramah yang kita dengar, benda-benda macam nie, hanya perangsang, pemberi semagat, pengerak untuk kita berubah. 
Sesuatu yng kita kena sentiasa baca, dengar dan lihat agar ilmu kita bertambah dan 
kita boleh berubah

"semakin kita dewasa, semakin banyak perkara perlu dilakukan. Semakin lama kita semakin berubah. Tetapi selagi kita merancang bulatan tindakan, kita tenang melaksanakanya."

cover depan buku smile, sgtlah cun!! Taniah pd pereka grafiknya
sebab-sebab kenapa saya beli buku nie, kerana harganya, kerana penulisnya, kerana covernya dan kerana ini

Ada orang merindui kamu,
Walau dia tak penah bertemu,
kerana cinta dan kasihnya kepadamu,
lalu dia mengatakan rindu,
Dia bertanya dimana kamu,
Itu rindu Nabi Muhammad kepada dirimu,
Dihadapan sahabat-sahabat agung,
dirimu menjadi sebutan dibibirnya,
Ada orang jauh menunggu dekat,
Mahu bertemu diri yang satu,
jemaah syurga, itu adalah kamu

bagi saya, buku ini sesuai untuk orang yang ringkas, suka baca cerita.
mungkin juga bagi orang yang dalam  umur 13-21 tahun
kerana banyak benda2 comel mcm kit tindakan, pelan, nota sampingan macam masa buat nota sejarah zaman sekolah2, atau buku tip kuruskan badan

saya nie membosankan atau dah tua untuk semua nie?
mungkin ada org suka, lain orang lain pandangan bukan?

"biar berubah selera, Baru hidup ada macam-macam rasa"

Dipetengahan buku, cerita-ceritanya mula menarik minat saya, 
serius tadi i ddk smbil tongkat dagu, skrg mcm lepas minum redbull,  that feeling
ada juga yang tekena pada diri sendiri
 Buku nie nmpk jer nipis, 3 hari tau nak habiskan!!
buku2 mcm nie kena kunyah2, gigit smpai dapat hadam isi sbb itu lambat. 

Tajuk : Meraikan iklas berkali-kali

Benda ini sinonim sangat dengan masyarakat kita
kita menilai orang dengan masa lampau, dengan keburukan mereka, tanpa lihat kebaikan yang ada disebaliknya. Kita lebih banyak berkata itu dan ini tentang manusia lain,
tanpa kita sedar, sebenarnya, bukan masa lampau jadi cerita, bukan masa depan jadi bualan ia tentang sekarang. 

" Mempersoalkan niat iklas yang tidak dapat diukur dengan mata, menjadi hakim kepada niat akan jatuhlah hukum tanpa bukti"

Okey done, itu saja, nak tahu lagi, beli sendiri okey!



P/S : it sound funny, tp i just buy buku motivasi lg after this book,
"Chicken soup for the soul"
--Buku smile nie buku motivasi petama yang saya beli.. ^__^--

1 comment:

Unknown said...

hey! assalamualaikum... saya balas kunjungan... tahniah sebab dah beli buku ni... & tahniah sebab dpt buat review tuk buku kak Irma...

tingkatkan usaha baca buku motivasi.. semoga jadi org yg positif

regard,
OfficialRazman