Saturday, March 19, 2016

TIP MEMILIH KILANG JAHIT PUKAL


Assalamualaikum,

 Berzaman sudah tak update blog, jadi hari ini nak tulis sesuatu yang agak panjang sebenarnya, atas dasar tengah bersedih, kerana ada pelanggan yang tak memahami bagaimana proses kami beroperasi,
kemajuan zaman yang kita hadapi membuatkan kebanyakkaan dari kita nak ada brand sendiri untuk diri sendiri, tapi kurang mahir dari segi  membuat keputusan untuk memilih kilang jahit pukal, atau kedai jahit pukal. Sebelum itu, biar saya kenalkan diri sebagai jue, saya dah berkecimpung dalam jahitan pukal nie hampir 3 tahun lebih pada tarikh cerita ini ditulis dan diupdate pada 31/8/2016, sebagai senior fashion designer untuk sebuah kilang jahit pukal milik bumiputra. Walaupun tak banyak lagi ilmu sebenarnya, saya share jer yang mana saya tahu yer. ^_^


perkara yang anda perlu tahu daripada pihak kilang adalah
-bagaimana proses membuat order
-tarikh jangkaan siap
-harga upah jahit (tanya juga jika ada cas tersembunyi) (macam gst atau harga untuk membuat sample)
-sample prototype (pastikan anda ada cth actual yang sbijik macam yang anda nak, mintak pihak kilang jahit buatkan atau anda sediakan sendiri.
-kualiti jahitan
-apa yang dikehendaki oleh pihak kilang
-adakah kain disediakan
-apa yang berlaku jika terdapat kesalahan jahitan (macam lari dari saiz, design tak sama,baju rosak dll)
-cari trusted kilang jahit.
-pastikan ada hitam putih dengan pihak kilang, kadang-kadang disediakan kilang dan kadang-kadang anda nak sediakan pun tak jadi masalah, untuk elakkan jika belaku perkara diingini, tak belaku perbalahan antara kedua pihak.
-dan lain-lain yang anda ingin tahu



proses membuat order

1) Membuat sample rekaan :

          - Pastikan anda mempunyai rekaan yang anda pasti cantik kalau buat actual sample, motif dia untuk jimatkan duit dan masa , buat reseach tentang kain yang hendak digunakkan, tanya fashion designer kilang tersebut atau sesiapa yang ambik order kain yang sesuai , pastikan yang beliau tahu mengenai kain dan production, sesetengah kilang akan hire sale marketing person, untuk uruskan customer.

proses membuat sample :  satu sample selalunya memakan masa 1-3 minggu untuk disiapkan bergantung kepada que kilang tersebut, untuk order raya, selalunya 6 bulan sebelum hari raya, tarikh que boleh sampai hingga sebulan, (ikut kilang mungkin, kilang saya macam nie) kalau nak cepat, boleh mintakkan tailor mahir  buatkan design tu dan terus proceed pada kilang tersebut, side effect buat pada tempat lain, hanya anda tak boleh tengok contoh jahitan kilang tersebut . TAPI anda harus tahu, buat sample tak sama dengan production, hasil satu pcs selalunya tak sama dengan hasil 100 pcs.

       - untuk yang baru nak mulakan perniagaan nak buat brand sendiri, tanya min order yang kilang tawaran, kalau 30 pcs, atau 100 pcs, pastikan anda buat sample 4 bulan lebih awal dari tarikh jangkaan keluaran anda, kalau pada musim hari raya, 6 bulan sebelum raya, kerana apa? anda cerewet!!, hadapi hakikat, bahawa orang first time, memang banyak kerenah berbanding orang yang bertime-time buat production, orang yang buat 30 helai, lebih banyak kerenah berbanding orang buat 1000 pcs. Masa membuat sample bukan sahaja akan makan masa 1-3 minggu, 2 bulan pun boleh, jadi bila pulak nak masuk production kan. Macam yang saya maklumkan, SAMPLE PROTOTYPE haruslah PERFECT bagi mengelakkan pihak kilang lakukan kesilapan. Memang lah, sebagai customer, kita adalah orang yang always right, tapi once pihak kilang lakukan kesilapan daripada sample yang memang kita dah pesan, customer terpaksa untuk terima kesilapan tu, sebab ia tak boleh diperbaiki,

      -  sample akan ada extra cas, jangan buat muka terkejut bila berjumpa saya yer, ini SOP yang akan ada pada mana-mana kilang yang berdaftar, keculi anda adalah pelanggan tetap yang ada kontrak bulanan, kalau yang tak berdaftar, inshallah memang harga murah, sample free, tapi lepas siap, anda kena mula amalkan sikap "REDHO"  daripada apa yang saya jumpa, kebanyakkan daripada kilang jahit akan kenakan harga extra, supaya pelanggan-pelanggan yang ingin membuat baju pakai sendiri tidak datang dan maklumkan pihak kilang perlukan sample padahal ianya untuk dipakai bagi majlis mak cik limah hujung kampung. Harga kilang kan murahh.. hehe.

2) Production.

      - setelah selesai proses sample, anda akan teruskan pada production, apa yang perlu disediakan pada pihak kilang adalah :


-sample untuk rujukan pihak kilang nak potong atau jahit
-kain yang cukup
-bayaran deposit (pastikan anda tak cancel order, sebab kalau cancel, bayaran kira burn)
-bagi kain selepas anda puas hati dengan sample protoytpe, mana tahu masa sample tak elok ker apa ker, jadi anda tak perlu nak terkinja-kinja g ambik semula kain tu dengan pelbagai alasan tak munasabah.

     - harap maklum, production untuk pukal tak sama dengan jahit pada tailor, waktu memotong kain, pihak kilang tidak akan memehati setiap inci daripada kain anda, ada yang kotor, yang berlubang 1mm lubang, pihak kilang memotong secara layer yang banyak, bukan pcs by pcs yang membolehkan setiap masalah boleh dikaji,

masalah yang wujud dari kain yang anda bekalkan  yang selalunya memang akan terjadi ,  kadang-kadang kotor, kadang-kadang ada a big hole tengah-tengah, kadang-kadang berlubang dimakan lipas, berlubang dimakan lipas nie, kita boleh detect waktu jahit, dan oleh sebab tu tukang jahit akan gantikan dengan kain baru bahgian yang defect nie dan kadang-kadang ini akan buatkan jumlah yang anda kehendaki tidak sama dengan apa yang diingini,

Anda harus faham, kualiti jahitan dan produk anda adalah bergantung kepada HARGA yang anda bayar, kalau apa yang anda inginkan adalah kualiti bertaraf butik, carilah orang yang berkelayakan, kalau kualiti taraf ready made, cari lah orang yang berkelayakan dengan harga yang layak baginya.

pihak kilang kebiasaanya akan sediakan ratio saiz dan nisbah , ini anda bagi pada permulaan sebelum production. Ratio nie maksdunya,,, berapa pcs yang anda perlukan untuk setiap saiz, setiap brand pasti ada target maket yang berbeza, jadi anda kena kenal pasti pelanggan anda, dan saiz yang anda nak.

beritahu tukang jahit adakah anda ingin habiskan kain yang anda beri atau hanya buat mengikut tempahan nisbah anda beri.

untuk membeli kain, jika satu baju anggaran kain dipakai adalah 2 meter, jadi total utk 20 helai baju adalah 40 meter,, maka sediakan kain 45 meter,,, kalau berlebih tukang jahit akan potong sehingga dapat lebihan pcs, jika kurang, anggaplah tiada rezeki.. hehe, macam saya maklumkan sebelum nie, kain akan ada defect dan tukang jahit mahir, kadang-kadang pun akan tak mahir, jadi jahitan defect, perlu pakai kain lebih untuk ganti. kita jahit pukal yer.. ^_^

saizing ukuran yang anda bagi kemungkinan untuk berbeza dari apa yang anda dapat, adalah perkara yang tak mustahil.


3) Tempahan siap


sebelum ambik barang, buat bayaran penuh, kalau pakai cek atau tranfer online dari bank lain, yang makan masa 3 hari untuk clear bayaran, sila pastikan awal-awal dah buat payment awal, kalau tak barang anda terpaksa dihold pulak.

selepas terima, semak kuantiti diterima sebelum tandatangan borang terima barang. Awak boleh bawak kawan-kawan, sanak saudara untuk datang membantu untuk kira stok kat kilang. Untuk elakkan anda dah sain borang terima kauntiti yang dinyatakan, bila sampai rumah, kuantiti yang dinyatakan tak betul pulak. nak mintak tambahan tapi borang terima yang ada kata barang tu betul anda terima kuantiti tersebut dah dipersetujui. kalau dapat sale marketing yang baik macam saya mungkin saya akan tambahkan kalau dapat jenis ikut buku dan jenis bukan warganegara, nak buat lagu mana ya dak..


itu sahaja rasanya yang saya teringat nak postkan , lagi... hemm ada lagi tak yang nak tahu? boleh tinggalkan comment dibawah, saya akan tolong update lagi post ini.

untuk pertanyaan lanjut boleh whatapp saya pada no +6017-4244356 ,

SEMOGA INI BERMAAFAAT UNUTK ANDA.TERIMA KASIH.

update : dari post ini saya menerima beberapa tawaran untuk berkongsi ilmu secara lebih serius lagi, rasanya dah boleh berkongsi ilmu dengan lebih serius kot.. hehe. part time job gitu. XD

kilang saya menerima tempahan MOQ
baju dewasa lelaki perempuan : 50 pcs (harga 50 pcs tidak boleh kurang dari rm24.00)
tudung : 5 kodi (100pcs)
handshock : 1000pasang
baju kanak-kanak : 100 PCS


Wednesday, May 20, 2015

Advantura pulang ke malaya review


Advantura pulang ke malaya
Penebit : Dubook 
Penulis : Badrul hisham
Muka surat : 152 helai

Disuatu hari yang tenang, entah macam mana boleh ter add penulis sbgai friendlist di facebook,dan oleh kerana terpengaruh tgk iklan di facebook beliau , buku nie mmg dh msk list to buy masa pesta buku ituhari.

mengisahkan tentang pengembaraan brother hisham nie dari uk hingga ke malaysia dengan berbasikal, dengan bajet yang limit dengan impian yang sangat besar. Semua orang mempunyai impian tapi tak semua mampu untuk laksanakan, Yes, kita hanya mat jenin yang suka bermimpi sahaja, mampu beri seribu semangat supaya impian terlaksana, dan mampu keluarkan satu alasan sahaja yang buat impian tinggal impian, , . haha, semagat jer mengaku diri sendiri.

Bab yang paling menarik minat? semua bab, gaya penceritaan penulis bejaya membawa pembaca bersama-sama untuk turut menjelajah dunia, untuk sama-sama merasa perit, merasa gembira dan merasa tak mustahil sesuatu yang mustahil itu boleh terlaksana. Bahan bacaan yang sangat menaikkan semagat untuk mengembara atau mengejar impian dalam hidup. 

Penuh rasa humor, bagi saya sampai tahap ketawa sorang-sorang, dan bercakap sorang2.. fuhh, yup kdng2 tak sedar sdang membaca, feeling dia mcm aku pulak yang hadap benda tu.. Tinggi betul daya imaginasi.. Ada satu kisah mengisahkan bagaimana penulis yang bejaya dalam misinya dan pulang ke tanah air berbasikal tanpa rantai basikal, yg putus beberapa langkah sahaja dari pintu masuk malaysia, tetapi penulis tetap meneruskan kayuhan, sbb media massa dan ramai lagi yang sedang menunggu kepulangan beliau...  seriusly, bahagian kisah nie, boleh buat me ketawa sambil guling2, too funny to handle.. eh btul ker? 

cerita bab bertemu bunian, oleh sebab baca pada pukul 1 pg jadi agak seram sedikit disitu.. hehe.Pandangan  saya , cerita untold telalu banyak yang tidak  dikongsikan, nipis sgt buku for the very good story,  mungkin penulis boleh buat buku yang lain? dann sebenarnya kenapa cerita diculik macam tergantung? did i miss something? 😤😤

must buy book, dan saya bagi 5 bintang untuk sebuah pengembaraan yang menakjubkan.. 

p/s : penulis like picture kata ayat dri buku nie di insta dan fb.. terharunya rasa.. T__T. 

Wednesday, May 13, 2015

Hikayat cala qisya




Hikayat cala qisya Review


Sebuah Kisah Perjuangan, Jatuh dan bangun untuk terus kekal ke hadapan.

Untuk bejaya bukan semudah yang kita dapat bayangkan, bukan dengan lelah sekali nafas, dan bukan juga dengan sekali jatuh.

Dan tak semua orang berjaya bermula dari untungnya diri, kita berjaya kerana usaha sendiri...

^__^

i use to be their fan since 2011, maybe 2010.. tak Ingat, sebagai peminat blog petisuara yang sememangnya i already read all of it, so penghabisan buku nie ada sesetengah copypaste dari blog yang i think sebab dah penah baca, it's kind agak membosankan, for me jer lah.

tapi bab yang paling best is, buku nie cerita tentang cerita disebalik tabir, yang selalunya orang akan fikir, oh dia berjaya sebab dia cantik,sebab dia memang ada duit,sebab family dia support, sebab dia memang ditakdirkan untuk berjaya, sebab dia ada puaka dan pelbagai lagi kata-kata orang yang nak berjaya tapi tak nak usaha.

Nak berjaya kena mula dari bawah yer dak?

untuk buku nie, saya bagi 4 bintang,..

best, best dan best... tak bosan, kelakar, dan a lot of infomation, Dicadangkan untuk beli..

Penebit : DUBOOK
Penulis: Hazwan_faiz
Page & harga : Terlupa sebab dah bg orang pinjam...



okey side story, dalam bab jahit, as someone yang inchange bahagian jahitan pukal nie, Kilang kitaorang Imtiyaaz_design merupakan kilang yang menerima jahitan as minimum sehingga 50 pcs, yeyy!! kita memang kerek sikit kalau orang datang nak buat 50 pcs, dan banyak songeh.

Tapi

oleh kerana, sebagai orang islam yang inginkan rezeki yang halal, dan bos yang super baik selalu pesan,
 "kita akan terima minimum order sebab kita nak membantu orang lain untuk sama-sama berjaya, macam mana orang nak berjaya, kalau kita buat min 200 pcs order, jadi orang yang less modal nie, sampai bila-bila tak dapat naik"

kita selalu layan customer sama rata, kau buat 200 pcs ker 1000 pcs ker, 50 pcs ker... Designer cum production person nie, memang akan sengih jer layan korang, cuma plz lah customer, kita kilang, mustahil lah as perfect as u expert tukang jahit buat, perbezaan harga pun sangat ketara tahu,... jadi tlg lah layan saya sebaik yang boleh, dan saya dengan happynya akan layan customer as happy as i can..

^_^

p/s : saya sediakan khimat nasihat rekaan dan cara untuk mulakan perniagaan tau, tak lah hebat mana, tapi untuk yang still reaseach, saya nie kamus yang baik juga.. 

Sunday, April 21, 2013

ReView "SMILE" BY Irma Hasmie


Tajuk : Smile
Penebit : PTS MILLENNIA SDN.BHD
Harga : RM 13.00
Penulis : Irma Hasmie , Zamri Mohamad
Jenis : Motivasi
Bil Muka surat : 128


i am a book lover, tapi buku motivasi bukan salah satu dari senarai yg akan dibaca,
Bagi  pendapat saya, bertimbun mana pun buku yang dibaca, atau ceramah motivasi yang diberi
kalau ada satu sifat yang kita tidak ubah, contohnya penyakit malas dan bertangguh yang memang sinonim dengan saya nie, selagi cara pemikiran dan tindakan tidak di ambil atau diubah, 
Selagi itu mustahil untuk kita untuk berubah,

Benda nie sebenarnya datang dari cara kita berfikir, memahami konsep dan bergerak untuk merealisasikannya, bukan dari buku dan ceramah yang kita dengar, benda-benda macam nie, hanya perangsang, pemberi semagat, pengerak untuk kita berubah. 
Sesuatu yng kita kena sentiasa baca, dengar dan lihat agar ilmu kita bertambah dan 
kita boleh berubah

"semakin kita dewasa, semakin banyak perkara perlu dilakukan. Semakin lama kita semakin berubah. Tetapi selagi kita merancang bulatan tindakan, kita tenang melaksanakanya."

cover depan buku smile, sgtlah cun!! Taniah pd pereka grafiknya
sebab-sebab kenapa saya beli buku nie, kerana harganya, kerana penulisnya, kerana covernya dan kerana ini

Ada orang merindui kamu,
Walau dia tak penah bertemu,
kerana cinta dan kasihnya kepadamu,
lalu dia mengatakan rindu,
Dia bertanya dimana kamu,
Itu rindu Nabi Muhammad kepada dirimu,
Dihadapan sahabat-sahabat agung,
dirimu menjadi sebutan dibibirnya,
Ada orang jauh menunggu dekat,
Mahu bertemu diri yang satu,
jemaah syurga, itu adalah kamu

bagi saya, buku ini sesuai untuk orang yang ringkas, suka baca cerita.
mungkin juga bagi orang yang dalam  umur 13-21 tahun
kerana banyak benda2 comel mcm kit tindakan, pelan, nota sampingan macam masa buat nota sejarah zaman sekolah2, atau buku tip kuruskan badan

saya nie membosankan atau dah tua untuk semua nie?
mungkin ada org suka, lain orang lain pandangan bukan?

"biar berubah selera, Baru hidup ada macam-macam rasa"

Dipetengahan buku, cerita-ceritanya mula menarik minat saya, 
serius tadi i ddk smbil tongkat dagu, skrg mcm lepas minum redbull,  that feeling
ada juga yang tekena pada diri sendiri
 Buku nie nmpk jer nipis, 3 hari tau nak habiskan!!
buku2 mcm nie kena kunyah2, gigit smpai dapat hadam isi sbb itu lambat. 

Tajuk : Meraikan iklas berkali-kali

Benda ini sinonim sangat dengan masyarakat kita
kita menilai orang dengan masa lampau, dengan keburukan mereka, tanpa lihat kebaikan yang ada disebaliknya. Kita lebih banyak berkata itu dan ini tentang manusia lain,
tanpa kita sedar, sebenarnya, bukan masa lampau jadi cerita, bukan masa depan jadi bualan ia tentang sekarang. 

" Mempersoalkan niat iklas yang tidak dapat diukur dengan mata, menjadi hakim kepada niat akan jatuhlah hukum tanpa bukti"

Okey done, itu saja, nak tahu lagi, beli sendiri okey!



P/S : it sound funny, tp i just buy buku motivasi lg after this book,
"Chicken soup for the soul"
--Buku smile nie buku motivasi petama yang saya beli.. ^__^--

Saturday, April 20, 2013

Review, Aku isabella dan Tok kenali





Tebitan : JUNDI RESOURCES
Harga : Rm 16.00
Penulis : Bob Lokman & Riduan Mohamad Nor


Buku mengisahkan zaman bob Lokman Dari kecil 
iaitu cucu kepada Tok kenali yang merupakan ulama agama pada zaman dahulu.
Dalam buku ini menceritakan bagaimana zaman kanak2 bob lokman
yang dibesarkan dalam lingkungan agama, tapi tersasar dari cara yg diajar
angkara nafsu muda yang mengusai diri.

Pendapat saya sendiri, cover buku mmg tidak lngsung mnarik minat.
serius, sy nie, org yg judge the book by the cover, org yg beli brg yg kluar iklan di tv dan mjlah..

^___^

sy jumpa buku ini separuh harga di kedai buku lama.
so y not to say no kan

Bila mula membaca, saya rasa tetarik, nak trus abiskan dan ketauhi critanya
nak mengetauhi bagaimana seorang kanak2 yg diasuh dengan pegangan agama
terpesong dari apa yang diajar
kemudian ALLAH bukakan pintu taubat untuknya
pada ketika sihat tubuh badanya, waras akalnya

Betuah Bukan?

dan sesungguhnya, taubat itu untuk smua umatnya, 
shingga tiba hari kiamat dan dipenghujung nyawa 

Dan yg best lagi ttg kata2 dari sisipan hujung dari nik mohamad abduh nik abdul aziz
terkasima kejap baca kata2nya.

"Duit akan merasuk kita jika tidak dibentengi dengan iman dan akal yg sihat, Duit adalah raja dan ibu kejahatan jika dirancik dengan nafsu". Bob lokman