Saturday, March 10, 2018

temuduga di CIAST

Assalamualaikum, 
jadi nie post untuk sharing lagi,disebabkan bila aku goggle aku tak jumpa maklumat yang
betul betul kena dengan otak aku.

baru baru ni aku dapat tawaran temuduga di ciast untuk kemasukan mei 2018

temuduga di kampus ciast shah alam
kalau anda dari tempat lain boleh cari temuduga di ciast kawasan yang berdekatan
cuma sesiapa yang ada degree kena belajar di shah alam
skm boleh bljar dekat cawangan ciast

Temuduga start 8.30 pagi
pergi lah awal, pakaian kemas, kerajaan kan. 

benda kena bawak
surat temuduga , maklumat diri (ni keluar masa print surat temuduga) 
ic asal dan salinan
sijil spm yang asal dan salinan
sijil tetinggi yang asal dan salinan
kalau ada skm, better pakai skm dan bawak, 
nak masuk ciast skm adalah digalakkan.

semuanya kena sahkan yer. 

masuk daftar tengok anda dapat bilik mana, tiada no giliran,
kul 9 penemuduga datang, panggil 5 orang masuk

yer temuduga dia panggil masuk 5 orang,  yang menemuduga 2 orang
kita duduk lah berderet 5 orang rapat rapat kerusi
hadap 2 orang penemuduga 

mula tanya dari orang kiri hingga hujung camtu, pilih duduk tengah,so tak jd orang no 1, fuhh selamat, boleh dengar orang lain geletar2 dahulu. Sambil pikir kita nak cakap apa.

soalan yang ditanya
1. ceritakan tentang maklumat peribadi 
dia bagi masa 2 minit, cerita lah apa2 sahaja, ini untuk dia tengok kita nie pandai bercakap ker tak, sebab nak jadi tenaga pengajarkan kena pandai berkata kata

2. Dia akan tanya soalan tentang bidang kita, 
anything, yang berkaitan ada ker dia tanya saiz benang tu berapa, ceh, tukang jahit mana penah ambik tahu benda tu.
soalan no 2 nie adalah untuk uji pengetahuan kita tentang bidang kita, kalau kita tak tahu camna nak mengajar kan, so dia nak orang yang berpengetahuan.

3. soalan berkaitan tentang ciast
apa anda tahu ttg vto, berapa bulan khusus, apa yang anda tahu pasal ciast , kenapa adanya vto
soalan ni dia untuk kita tahu tujuan kita masuk belajar, tahu tak vto tu apa, 
apa tujuan kita masuk. gitu lah. 
so dia ada terang, nak jd tenaga pengajar tak perlu vto, vto ni hanya untuk mempekasakan skill kemahiran mengajar, supaya kita lebih bijok jadi tenaga pengajar,
bukannya confium keluar keluar jadi tenaga pengajar. 

4. soalan pasal bidang kita balik.
penumuduga aku nie orang lelaki, confium tak tahu bab bab menjahit, so soalannya agak kelaut sikit
takpalah layankan jer. 

5. anda ada soalan?
okey masa nie tanya lah apa2, setiap seorang kena tanya soalan. 

tamat

baliklah, mende lagi nak buat. 
mana temuduga dalam sejam untuk satu sessi, nak balik awal, masuklah awal, 

jadi kalau sapa ada degree ambil sijil vto nie, nanti kita kena buat ppt, aku tak pasti apa tu ppt, tp kena buat sebab takde skm, gitulah

okey tamat, anak aku dah nagis. 

semoga membantu. 

No comments: