Wednesday, October 4, 2017

Pengalaman naik makamah saman jpj

update : banyak pulak orang comment kat bawah, lama dah post nie wey, aku tak ingat berapa jumlah sekian sekian yang orang lain kena,dah mcm kaunter pertanyaan, baca comment tgk yang penah aku balas, ada yang mgkin menjawab pertanyaan , thankz me later.


Assalamualaikum.
Hari nie nak share sikit pasal kisah naik makamah sebab kena saman jpj
oleh sebab haritu cuak, aku goggle lah tapi tak banyak sangat sumber.
jadi ini untuk membantu, para jelitawan dan pemuda kacak yang cuak macam aku jugak dan try goggle. Harap membantu. ^_^ 

post nie ditulis pada 3/10/2017

aku naik makamah sebab tak bayar roadtax dan insurans, 
saman jpj roadtax dan insurans tak boleh kompaun, 
pemandu aku, dan pemilik pun aku,
masa kena saman, memang diorang ada bagi tarikh naik makahmah
tapi oleh sebab masa tu baru kahwin dan terketar ketar takut mahal sangat lagipun masa tu,
pakai duit untuk terus renewkan roadtax yang mati tu jadi masa kena saman aku tak g pun masa dia panggil.  

Setahun lepas peristiwa tu, masa nak renew roadtax, mmg sangkut, sebab saman jpj, 
jadi nak tak nak kena naik makahmah jugak. 
step pertama, pergi ke jpj, ambil tarikh naik makahmah yang baru. 
Kita kena pergi makamah yang tempat kena saman tersebut, 
kalau kau duduk peneng, tapi saman kat klang, kau kena lah turun klang untuk g settlekan saman tersebut. 

Masa hari naik makamah, kena sedia kul 8 pagi yer, tapi kalau lewat dalam 8.30 masih okey.
pakaian kemas, ada polis dalam tu yang akan jaga tingkahlaku
aku kena dekat klang, jadi cerita nie dekat makamah tinggi klang, tempat dia, serius lawa, bangunan baru, teruja kejap sebab dah lama tak kuar rumah lepas aku menganggur nie, 
naik tingkat atas ada lh ramai2 orang yang sama jer , saman jpj, longgok ramai-ramai
, tunggu situ sampai peguambela panggil masuk. 

Suasana dalam makamah memang macam selalu tgk dalam tv, 
luas sebuah apartment , ada tempat saksi, hakim, peguambela, kandang persalah. 
okey masuk bagi mycard dan surat saman duduk diam2 kat kawasan orang awam.
suasana memang sunyi, tak leh bising2, tutup hp yer, 
nanti kena marah dengan pakcik polis dalam tu. 

Sebelum hakim masuk, ada banyak peguambela yang akan keluar masuk, 
diorang nie uruskan kesalahan-kesalahan lain, macam dadah ker, 
apa lagi aku tak dengar sangat. Sebelum hakim masuk akan bunyi tetttt,
semua diri, beri hormat duduk. hakim aku dapat muda amat, lawa, perempuan lah, dalam awal 30-an. 
Diorang akan bicarakan kes-kes yang ada peguam bela dahulu, 
persalah akan masuk dalam kandang, dibaca tuduhan, mengaku 
dan lain-lain lah, masa tu rayuan untuk depa kata sepatah dua kata.

Selesai semua peguam bela dan persalah jenayah lain dah abis baru masuk jpj,
untuk jpj, tak perlu masuk kandang tu, just masuk ke depan hakim, tepi meja peguam bela jer, 
tak jauh dengan hakim, 
orang yang depan hakim tu , setiausaha ker apa tah jawatannya, akan bacakan tuduhan
kau nama ini ini, waktu ini ini, dah bersalah atas ini ini, 
mengaku atau tidak

mengaku jer, then hakim tanya
ada rayuan untuk membela diri?

masa nie kau jawab lah, sebab-sebab knp kau buat kesalahan tu,
sebab sebab kau nak mintak dikurangkan saman. 
aku gitau aku pregnent
aku tak kerja
suami aku kerja buruh biasa jer tak mampu
kes aku kena rm250 shaja untuk saman roadtax dan insurans hanya diberi amaran. 

untuk roadtax dan insurans yg aku tengok, paling murah dapat rm200
paling mahal, alasan dia nak murah sebab dia ddk pahang, nak dtg klang dh pkai byk duit,
yang tu pun rm300.00

okey lah sebab, aku bajet dalam rm600, pastikan engkauorang dah siapkan alasan munasabah yer.
sebelum roadtax insurans, 
kes saman jpj yang ada adalah lori lebih muatan, saman sampai 3k, 
terkejut jugak dengar. 
tapi mungkin sebab diorang lori, company besar, jadi hakim tak bagi muka sangat,
yer lah pemandu datang cakap tak mampu bayar, tapi
ikutkan boleh claim company kan, sebab company yg suruh bawak balak banyak2
betul dak.

Orite, lepas dengar rm250, aku senyum girang, terus keluar makamah dan turun ke 
kaunter bayaran. buat lah bayaran

settle.

ALLHAMDULILLAH

maka roadtax bagi tahun 2018 direnew, dan boleh lah aku berjalan2 dengan
keretaku dengan lebih girang, laki aku dah ajak pekena 
kepak ayam kat danau kota selasa nie. haha

Harap bacaan ini membantu,
jangan cuak2, chill jer, sediakan alasan munasabah,
jangan cakap saya lupa bayaq, nanti kena rm600 naya ja.
 tapi sebelum g siap2 lah rm600 utk 
saman jpj roadtax, untuk persediaan, kalau kena sampai rm600.,
sebab kawan aku g dia cakap dia kena rm600, mgkin saman insurans dia
tak macam aku, diberi amaran sahaja, tu yang kena rm600

Kalau tak mampu bayaq, macam uncle lori tu cakap,
u duduk lah dalam lokap, nanti keluar kerja sapu sapu sampah saja
nama sudah ada rekod jenayah, sapa mau ambil kerja.

Pakcik tu lah cakap, hari ini aku g, tengok semua orang happy jer g bayor,
takdak sapa yang masuk lokap pun.

sekian



















98 comments:

Unknown said...

Salam..Saye kena saman yg same...tp thn dpn msk mahkamah n bercdg nak cpt kan proses...rm600 harga maksimum ke n sekali 2 kesalahan ke..

~Nur Zulaiha~ said...

wslm, eh camana nak balas comment yer, baru tahu masuk comment, harap tuan punya yang bertanya dapat membantu.

600 adalah maksimum, untuk kedua2 kesalahan, satu kesalahan rm300. kalau dua rm600, mmg akan dapat kurang, kalau perempuan lagi senang nak dapat murah.

Unknown said...

Slm sis..klo mcm sy kna saman jpj mnunggang moto tiada insuran dn Lkm tmat tmpoh.tp owner ny atas nma suami.klo naik mahkamh mcm mna tu..skli dgn owner ke naik hadap dpan tuan hakim��

Unknown said...

Klo mcm sy sy penunggang moto kna sman jpj sbb Lkm tmt tmpoh dn tiada insuran .tp moto atas nma suami.so mcm mn tu kna naik mhkamah skli dgn owner ke hdp dpan tuan hakim tu.πŸ˜…

Unknown said...

Bnyak kli reply pun tk msk.susah nak msk komen����

Anonymous said...

hi nak tanya

maksudnya cik dah kena saman tu, cik tak pergi la mahkamah ikut tarikh yg diberikan pegawai tu ye?

lepas setahun baru pg mahkamah?

Anonymous said...

Klau telepas tarikh mahkamah cmne eh.sye telepas 2 hari

Unknown said...

rm600 harga max untuk kedua2 kersalahan, rm300 untuk roadtax mati,rm300 lagi untuk insurans mati. saya dapat rm250 untuk roadtax mati, dan amaran untuk insurans sahaja, jadi total rm250 yang perlu bayar, bawak cash senang.

Unknown said...

suami dan isteri kena pergi sekali, dua dua orang kena saman. so double lah. tak ingat saya moto samannya berapa.

Unknown said...

yer betul, saya pergi selepas setahun sebab tak boleh renew roadtax

Unknown said...

pergi jpj, mintak tarikh baru untuk naik makhamah.

Unknown said...

Sy nk tye.. Slalunya brape hari tarikh baru mahkamah selepas kita mintak?? & utk mntak tarikh baru, boleh pegi mana2 cawangan jpj tak??

Unknown said...

maaf bertanya , kalau saya pemandu dan pemilik kenderaan orang lain , adakah kedua dua orang kena saman ? contohnya hakim letakkan saman rm200 dua-dua kena saman rm200 atau bahagi sama rata rm100 seorang ?

Unknown said...

Salam nk tnya..kalau byr terus jpj saman tali pinggng blh x?tarikh mahkamah dh lepas

Unknown said...

Sy penah kena saman naik makamah tp xpergi2 lg sbb xda duit...surat saman xtau dah letak mana, kalau g jpj mintak tarikh baru naik mkmh dia akn mntk surat saman x?

Unknown said...

Kalau pergi jam 2 petang ke mahkamah utk buat rayuan or bayaran boleh x ???πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ nerves seram semua ada .. Takutt mahal ..

Unknown said...

Assalam @zulaiha nk tanya, kalau wife sy yg kena saman, tp saya wakilkan dia p mahkamah boleh x?

Rrd said...

Salam sy nk tnye..ptme kli sy kene saman..sy driver.bkn pemilik..jd 22 kene naik mahkamah kan..lps tu roadtx dgn insurans asing2 ke byr ye.aaa..sy pening aple da ni

Unknown said...

Huhu. Sama sejibik kes kita. Tp kita baru nak naik mahkamah minggu depan. Nice info. Thank you.

Unknown said...

Bagai mna pula klau saman jpj yg tiada lesen motor? Please info

Unknown said...

Saya nk tanya. Anak saya kenaksaman baru ni. Tahun depan awal bulan satu naik mahkamah. Moto roktek insuran mati 6 bulan dah , tak pakai topi. Moto tu atas nama saya
Agak2 cas berapa ya

Unknown said...

hai. pergi jpj mintak tarikh naik makamah yang baru, nanti dia bagi tarikh pergi lah. 😊

Unknown said...

pergilah waktu yang telah dituliskan, peguam tak leh lah tunggu awak pun, bukan open table bila bila boleh g.. ahaha.

Unknown said...

tak boleh, orang kena saman dan pemilik kenderaan kena pergi, kalau wife tak taleh tarikh tu, pergi jpj mintak tarikh lain yang boleh pergi.

Unknown said...

pemilik kena bayar, pemandu pun kena bayar, dua dua kena saman. dua dua kena naik makamah. as what i remember lah, kalau silap, pandai2 lah yer. lamo dah post nie.

Unknown said...

no so sure berapa, saya tak kijo situ.. ahaha. bajet jer rm300, nanti mintak lah rayuan, kelentong lah, cakap tak mampu buat muka sedih sikit, nanti dpt ler pengampunan, murah lah sikit. good luck.

Unknown said...

saya pon kena saman sama gak tahun lepas tapi smpai sekarang tak naik makamah.. aritu g jpj nk renew lesen kena blacklist..ni dah tapi dah tgok kalau 600 tu nanti nak g la jpj mnta tarkh naik makamah lain... trima kasih info...

Anonymous said...

Salam. saya ada kena saman. tapi motor bukan saya punya. owner ada di sabah. saya pula di semenanjung. kalau saya pergi makhamahnseorang diri .boleh ke?

Unknown said...

salam sis,sy pun kena saman jugak bru2 niee x dk roadtax n insuran moto..dkt jpj sy dh bayar rm200..tp tarikh naik mahkamah kemaqin 7/11 sy x p sbb demam takuttt dok pk mcm2 n takut mahal sgtπŸ˜‚πŸ˜‚kiranya sis naik mahkamah lpas setahun dr tarikh yg depa bg mula2 dlu???

Unknown said...

kalo dpt saman n/c tu boleh ke minta tarikh tuk di percepatkn (saman xde lesen)

Unknown said...

tarik saman boleh di percepatkn x??

Unknown said...

Kalau mcm pemandu lain pemilik org lain mcm mana rundingannya...?

Unknown said...

Boleh ke tidak bayar saman jpj sebelum tarikh Naik maakhamah

Unknown said...

Nk tanye kalau kn saman dgn polis trafik xde lesen, agak2 naik court kn byr brp ye

Unknown said...

Assalam Kak nak tnya. Bila kita akan dpt surat naik mahkamah tu? Lepas kene sama terus dapat surat ataupun dia bg lepas berapa bulan selepas? Sbb masih belum dpt surat utk naik mahkamah. Kes akhir bulan 9 kelmarin. Skrg dah bulan 11. Huhu

Unknown said...

boleh pergi mana2 jpj

Unknown said...

tak ingat ... rasanya dua dua kena ada disitu. dan dua dua kena saman.. tp sis tak sure. p call jpj

Unknown said...

kalau ada surat mahkamah, mmg kna naik mahkamah, tk blh sttle di jpj.

Unknown said...

entah lah buu... ko g call jpj tanya

Unknown said...

betui lah tu. tp sis tak paham, knp bybyar ke jpj, bkn kna byar kt makhmah jer ker.. apa2 hal rojer2 jpj yer.

Unknown said...

ikut ler tarikh yang diberikan.. jangan melawan

Unknown said...

dua dua p mahkamah, berunding kt sana okey..

Unknown said...

tak boleh... p lah tanya jpj weyyy... aku share pngalaman ja.

Unknown said...

polis trafik kena naik court kah? ... entah sllu depa kta trafik ni mahai.. try p bayaq tgk

Unknown said...

tak ingat plk ... rasanya masa kena saman dia bg surat tu, hmm .try xhek dgn jpj, kena naik ka tak, kot dia hntaq surat. awok tk prsaan.

iqbal said...

salam...nk tanya...saya kena saman sebab bawah umur,takde lesen and takde roadtax...masa tu kena kena saman waktu 2014...saya terpaksa keluar sbab ada hal tertentu..motor yang saya pakai tuu arwah atuk yang punya...so kiranya nnty saya kena pergi jpj la kan untuk buat tarikh baru..tapi pasal motor tuu pulak...atuk dah takde..jadi...macam mana yee

Unknown said...

Saya baru lepas naik mahkamah pagi tadi..dapat rayuan RM400 je kena bayar..

Unknown said...

Saye kne saman pdrm n/c xde lesen dan langgar lampu isarat, agak agak brape ye ??

Unknown said...

Assalam. Nasib jumpa blog akk ni. Boleh la ready nak naik mahkamah.. nak tanya.. nama pemilik org lain. Tapi nama saman saya yg kena.. pemilik kena dtg jugak ke kak? Btw thanks kak.. kena kumpul duit ni��

Anonymous said...

Salam.. Sy pn dh sthun bru nk g bkk blk saman tu .. Brpa hari ye tarikh jpj bg utk kte g mkamah blk?

Anonymous said...

Salam...sy nk bertnya..sy bru je kne saman,lkm tamat t3mpoh dan tiada insrn,sy pemndu,dan penama telah mnggl dunia,so mcm mne plak ye ..moto atas penama arwah ayah mentua sy...perlu ke sy bwk wife sy skli sbgai wakil penama..?

Anonymous said...

Baru lepas naik court jpj kt petaling jaya tadi..
1st dtg awal, pastu p kuanter pendaftaran (tekan no4),tinggalkan ic serta surat saman.Tunggu nama dipanggil.Dah nama dipanggil naik tingkat 3, tunggu untuk masuk mahkamah. Jam 9.40am, lebih kurang 10-12 OKS (org kena saman) masuk menghadap tuan hakim. Beratur ramai2, mengaku salah (road tax dan insuran mati) terhadap pertuduhan yg dibaca.Roadtax RM200 + insuran RM150 dapat dikurangkan dari Tuan Hakim.Keluar dari Mahkamah.Turun bawah Ground floor,buat bayaran kat CDM machine (bagi yg nak bayar secara cash) atau debit ada kuanter dihadapan kuanter perdaftaran.Dah buat pembayaran. Pergi ambil ic serta resit. Dah selesai, tenang...

Unknown said...

kwn baru kena saman jpj, x ada lesen memandu.. . pengawai suruh settle kat jpj je dlm masa 2 bln,x perlu ke mahkamah

Anonymous said...

kwn baru je kena saman jpj sbb x ada lesen, kena byr rm150 kt jpj dlm masa 2 bln, x perlu masuk mahkamah

Koala said...

salam. nak tanyatanya. saya kena saman sebab tak pakai helmet.saya pembonceng . ade tarikh naik court .so mmg kne naik court jgk ye ,tk blh byr sje ?

Koala said...

salam. nak tanyatanya. saya kena saman sebab tak pakai helmet.saya pembonceng . ade tarikh naik court .so mmg kne naik court jgk ye ,tk blh byr sje ?

Unknown said...

tak pasti, yg kes sy tk blh byar shja, kta pegawai tu sbb dh kuar notis mahkamah, kena gk g

Ita said...

Kalau xde lesen boleh bayar kt jpj je.

Ita said...

Kalau xde lesen boleh bayar kt jpj je.

Unknown said...

Kes sama. Tamat tempoh roadtax :'D Nnt bulan 4 naik court. Thanks info! Ada 3 bulan nak sediakan skrip n praktis muka inosen haha!

Unknown said...

salam sy nak tanya . sy punya tarikh court bulan 2 . tapi boleh ke sy tukar tarikh lain ? mcm mana caranya

Unknown said...

abang kalau tak naik makahmah boleh tak bayar

Unknown said...

Salam kalau saya ada saman sbb takda lesen motor dan roadtax mati then terlepas tarikh nak pergi ke mahkamah,apa yang perlu saya lakukan?
Boleh ke sekiranya tangguh pada hari yang lain dan bagaimana caranya untuk saya menetapkan tarikh tersebut?
Terima kasih.

mencari ketenangan said...

haha kelakar la

Unknown said...

Salaam sy kena Saman jpj road tax mati Dan tiada insurance sudah kena Saman tapi saya belum bayar Dan tak Naik makamah tahun lepas Bulan enam sampai sekarang... Harga sekarang berapa ye

Unknown said...

Selalunya tarikh baru dia bg berapa lama ea? Blh x kita minta cpt contohnya hrini pegi esk naik mahkamah

fezzfarezzi said...

bln 4 ni ank sedara mahkamah kes moto roadtax tmt tmpoh.. agak2 brpa rm kompaun eh..?

Devi said...

Minta maaf nak tanya, saya dapat surat mahkamah dari jpj tetapi saya ada saman polis lagi. Kalau saya mahu selesai dua2 sekali boleh ke.

Unknown said...

Kalau mahkamah ni ikut hakim.kalau ikut kesalahan roadtax rm300 insuran pun rm300.saya 25 mac naik mahkamah alor setar kena rm200 smua skali.kena bawa bajet lebih kurang rm600 sbb takut terlebih pula sbb ada yg kena rm250.

Unknown said...

Salam...nak tanya pasal saman roadtax dan insurance tamat tempoh...pemandu lain dan owner lain...tapi pemandu dah naik makhamah dan settlekan bahagian die...boleh ke owner naik makhamah sendiri????

Unknown said...

Thanks for your sharing...it is very useful

Kadir7786 said...

Betul ke sekarang tak naik mahkamah ikut masa kena waran tangkap ?

Unknown said...

Saya pun patut naik mahkamah semlm 19/6 ,tp tak pergi sbb pegawai mahkamah masa sy pergi tanya2 suruh bawak sorang rm 3k..so kete sy ,sy Rm 3k,Ayh yg drive,ayh 3k..keslhan roadtax dan insuran tamat tempoh...

Unknown said...

Saya kena saman dgn JPJ kesalahan roadtax mati dgn xde lesen kena bayar sampai $900 gila punya JPJ mkn duit yang x aku halalkan

Anonymous said...

apa yang perlu saya buat jika terlepas tarikh mahkamah disebabkan oleh saman roadtax?

A.farhan said...

Rm400 tu saman lesen ja ka bro..

Anonymous said...

Standby duit secukupnya kalau saman banyak. Hari awak naik mahkamah tu mungkin semua dh ready. Sebab mmg ada masuk lokap kalau tak cukup duit. Sy dah kena. Malu sis dgn baju kurungnya duduk dalam lokap mahkamah bawah tanah tu sampai 4 ptg. Ingt boleh keluar sekali bergari ramai ramai dok panjat lori polis kena bawak g penjara sg buloh πŸ˜ͺπŸ˜ͺπŸ˜ͺ.

Anonymous said...

Hai.saya baru je lepas kena saman naik moto roadtax mati dengan jpj.bulan 11 nak naik mahkamah,saman pertama:tiada insurans..saman kedua: lesen kenderaan motor tamat tempoh..mahkamah yg kne sye pergi tu mahkamah klang jugak,agak2 berapa denda yg saya perlu bayar,sbb saman tiada insurans tu baru 1st time kena,agak2 dia bagi amaran je ke kat saman xde insurans and bayar saman lkm tamat tempoh??anyoneeeee pleasee

Anonymous said...

So kau bayar rm350 ke? Ke kau buat rayuan minta turun lagi?

Anonymous said...

Terima kasih... byk2 sis utk info ini .

Anonymous said...

Hehe..pak cik lori tu cakap betul. Kalau kena denda tak mampu bayar memang masuk penjara. Merasa la hari tu seminggu duduk dalam ������

Anonymous said...

Assalamualaikum saya baru kena Malam tadi..kat Gombak dgn Polis buat roadblock. Mcmna ye? Saya seriau mcm nak demam ni.. Jadi saya kena terus pegi ke Mahkamah Majisterit mcm dlm Surat Saman polis ke kena nak tggu Surat Saman JPJ?

Ryz said...

Assalamualaikum saya baru kena Malam tadi..kat Gombak dgn Polis buat roadblock. Mcmna ye? Saya seriau mcm nak demam ni.. Jadi saya kena terus pegi ke Mahkamah Majisterit mcm dlm Surat Saman polis ke kena nak tggu Surat Saman JPJ?

Unknown said...

awak smn jpj ke polis trafik?

Amira Binti Abdullah said...

Nak tanya kalau saman pasal org pinjam motor mcm mana ya

Unknown said...

minta maaf nk tanya sikit klu kita punya tahrih mahkamah dah lepas biasanya kena pergi jpj minta tahrih baru biasanya berapa lama bln depan ke

Unknown said...

minta maaf nk tanya sikit klu kita punya tahrih mahkamah dah lepas biasanya kena pergi jpj minta tahrih baru biasanya berapa lama bln depan ke

Unknown said...

assalam.. tak pergi mahkamah.. saman jpj lesen tamat tempoh.. kena pergi jpj ambik tahrih baru biasanya berapa lama sebulan ke puan

Unknown said...

assalam.. tak pergi mahkamah.. saman jpj lesen tamat tempoh.. kena pergi jpj ambik tahrih baru biasanya berapa lama sebulan ke puan

Unknown said...

saya ada saman jpj lesen tamat tempoh dan saya gagal naik mahkamah. apa yang saya perlu buat skg kepala pun dah pening.

ammar Izham said...

kalau kena saman polis kena pergi kaunter polis trafik ke cane?

ammar Izham said...

Assalam Kak, saya kena saman dengan polis traffic then kena naik mahkamah. macamana cara untuk saya nak mintak tangguh tarikh naik mahkamah?

jazimin said...

Assalam, maaf tumpang tanya.. sy lesen tamat bulan 11/2019, kena saman tahun hujung 2017, bulan 3/2018 patutnya naik mahkamah tp x pergi sbb mmg ada masalah kewangan.nak pinjam sedara mara semua ada komitmen masing2. Masih boleh bukak balik ke kes ni.. kot ade sesapa yg tau..

Anonymous said...

Assalamualaikum semua

Unknown said...

Nak tnya....saya ada 2 saman nc. Dari tahun 2018 punya..kalu saya nak settlekan saman ni..agak agak berapa duit yg saya perlu bawa....

Unknown said...

Saya mau tanya...selalunya bagi kesalahan tidak ada lesen memandu NC berapa min dan berapa max yg harus kita bawa duit ke makahmah

Anonymous said...

Pemilik kenderaan kene ad skali x ??

Unknown said...

Salam sy Nk Tanya suami saya Lena saman atas road tax tamat tempoh brapa caj yg dikenakan ya