Tapi setiap satunya untuk kau yang dia tahu, kau boleh hadapinya.
Kau inginkan seorang suami yang tak kedekut, supaya kisah lalu kau masa kecil, tak akan berulang semula .
Allah beri kau seorang suami yang tak kedekut, yang baik menyebelahi kau Dari keluarganya. Yang baik menyantuni kau, Dan tak penah menyentuh Kau dengan kasar , walau amarah menguasai diri.
Apa yg mak kau dapat, Kau tak perlu hadap. Itu yang kau inginkan dalam sebuah perkahwinan.
Tapi, nampaknya ....
Ujian kau lain, kau seolah tak penah sedar Dan nampak, sehingga ijab Dan Kabul, baru lah segalanya terbuka, kau tahu, kau sakit, kau Diam dab terus bertahan.
Kerana, kelebihan yang Allah beri pada kau, membuatkan semuanya nampak mudah, kerana kau berkebolehan tidak ambil penduli, tidak cakna org kata.
Mungkin ini jalan yang paling baik, untuk ke syurga Nan indah. Aku redho Dan tak sabar utk melihat syurga tu.
Atas nama Allah yang maha pengasih Dan penyayang, moga setiap satu ujian yang datang akan berlalu pergi, setiap satu air mata yang mengalir, atas sakitnya bersabar, mendapat ganjaran pahala Dan istana indah di syurga.
Aku bersyukur punya agama, yg begitu indah, tanpa janji janji indah Dari Allah, tanpa agama yg kukuh. Pasti mengahiri kehidupan adalah jln termudah untuk hentikan rasa sakit yg ada.
Aku okey. Saya , Zulaiha 36 tahun, diuji dengan teruk sekali sebelum datangnya 40 tahun. Supaya menjadi orang yg lebih baik dimasa hadapan.