Saturday, March 19, 2016

TIP MEMILIH KILANG JAHIT PUKAL


Assalamualaikum,

 Berzaman sudah tak update blog, jadi hari ini nak tulis sesuatu yang agak panjang sebenarnya, atas dasar tengah bersedih, kerana ada pelanggan yang tak memahami bagaimana proses kami beroperasi,
kemajuan zaman yang kita hadapi membuatkan kebanyakkaan dari kita nak ada brand sendiri untuk diri sendiri, tapi kurang mahir dari segi  membuat keputusan untuk memilih kilang jahit pukal, atau kedai jahit pukal. Sebelum itu, biar saya kenalkan diri sebagai jue, saya dah berkecimpung dalam jahitan pukal nie hampir 3 tahun lebih pada tarikh cerita ini ditulis dan diupdate pada 27/12/2016, sebagai senior fashion designer untuk sebuah kilang jahit pukal milik bumiputra di selayang batu caves selangor, berdekatan dengan hospital selayang. Walaupun tak banyak lagi ilmu sebenarnya, saya share jer yang mana saya tahu yer. ^_^


perkara yang anda perlu tahu daripada pihak kilang adalah
-bagaimana proses membuat order
-tarikh jangkaan siap
-harga upah jahit (tanya juga jika ada cas tersembunyi) (macam gst atau harga untuk membuat sample)
-sample prototype (pastikan anda ada cth actual yang sbijik macam yang anda nak, mintak pihak kilang jahit buatkan atau anda sediakan sendiri.
-kualiti jahitan
-apa yang dikehendaki oleh pihak kilang
-adakah kain disediakan
-apa yang berlaku jika terdapat kesalahan jahitan (macam lari dari saiz, design tak sama,baju rosak dll)
-cari trusted kilang jahit.
-pastikan ada hitam putih dengan pihak kilang, kadang-kadang disediakan kilang dan kadang-kadang anda nak sediakan pun tak jadi masalah, untuk elakkan jika belaku perkara diingini, tak belaku perbalahan antara kedua pihak.
-dan lain-lain yang anda ingin tahu



proses membuat order

1) Membuat sample rekaan :

          - Pastikan anda mempunyai rekaan yang anda pasti cantik kalau buat actual sample, motif dia untuk jimatkan duit dan masa , buat reseach tentang kain yang hendak digunakkan, tanya fashion designer kilang tersebut atau sesiapa yang ambik order kain yang sesuai , pastikan yang beliau tahu mengenai kain dan production, sesetengah kilang akan hire sale marketing person, untuk uruskan customer.

proses membuat sample :  satu sample selalunya memakan masa 1-3 minggu untuk disiapkan bergantung kepada que kilang tersebut, untuk order raya, selalunya 6 bulan sebelum hari raya, tarikh que boleh sampai hingga sebulan, (ikut kilang mungkin, kilang saya macam nie) kalau nak cepat, boleh mintakkan tailor mahir  buatkan design tu dan terus proceed pada kilang tersebut, side effect buat pada tempat lain, hanya anda tak boleh tengok contoh jahitan kilang tersebut . TAPI anda harus tahu, buat sample tak sama dengan production, hasil satu pcs selalunya tak sama dengan hasil 100 pcs.

       - untuk yang baru nak mulakan perniagaan nak buat brand sendiri, tanya min order yang kilang tawaran, kalau 30 pcs, atau 100 pcs, pastikan anda buat sample 4 bulan lebih awal dari tarikh jangkaan keluaran anda, kalau pada musim hari raya, 6 bulan sebelum raya,

Selalunya orang first time nak buat baju, memang banyak kerenah berbanding orang yang bertime-time buat production, orang yang buat 30 helai, lebih banyak kerenah berbanding orang buat 1000 pcs. Masa membuat sample bukan sahaja akan makan masa 1-3 minggu, 2 bulan pun boleh, jadi bila pulak nak masuk production kan. Macam yang saya maklumkan, SAMPLE PROTOTYPE haruslah PERFECT bagi mengelakkan pihak kilang lakukan kesilapan. Memang lah, sebagai customer, kita adalah orang yang always right, tapi once pihak kilang lakukan kesilapan daripada sample yang memang kita dah pesan, customer terpaksa untuk terima kesilapan tu, sebab ia tak boleh diperbaiki,

      -  sample akan ada extra cas, jangan buat muka terkejut bila berjumpa saya yer, ini SOP yang akan ada pada mana-mana kilang yang berdaftar, kecuali anda adalah pelanggan tetap yang ada kontrak bulanan, kalau yang tak berdaftar, inshallah memang harga murah, sample free, tapi lepas siap, anda kena mula amalkan sikap "REDHO".  Daripada apa yang saya jumpa, kebanyakkan daripada kilang jahit akan kenakan harga extra, supaya pelanggan-pelanggan yang ingin membuat baju pakai sendiri tidak datang dan maklumkan pihak kilang perlukan sample padahal ianya untuk dipakai bagi majlis mak cik limah hujung kampung. Harga kilang kan murahh.. hehe.

2) Production.

      - setelah selesai proses sample, anda akan teruskan pada production, apa yang perlu disediakan pada pihak kilang adalah :


-sample untuk rujukan pihak kilang nak potong atau jahit
-kain yang cukup
-bayaran deposit (pastikan anda tak cancel order, sebab kalau cancel, bayaran kira burn)
-bagi kain selepas anda puas hati dengan sample protoytpe, mana tahu masa sample tak elok ker apa ker, jadi anda tak perlu nak terkinja-kinja g ambik semula kain tu dengan pelbagai alasan tak munasabah.

     - harap maklum, production untuk pukal tak sama dengan jahit pada tailor, waktu memotong kain, pihak kilang tidak akan memehati setiap inci daripada kain anda, ada yang kotor, yang berlubang 1mm lubang, pihak kilang memotong secara layer yang banyak, bukan pcs by pcs yang membolehkan setiap masalah boleh dikaji,

masalah yang wujud dari kain yang anda bekalkan  yang selalunya memang akan terjadi ,  kadang-kadang kotor, kadang-kadang ada a big hole tengah-tengah, kadang-kadang berlubang dimakan lipas, berlubang dimakan lipas nie, kita boleh detect waktu jahit, dan oleh sebab tu tukang jahit akan gantikan dengan kain baru bahgian yang defect nie dan kadang-kadang ini akan buatkan jumlah yang anda kehendaki tidak sama dengan apa yang diingini,

Anda harus faham, kualiti jahitan dan produk anda adalah bergantung kepada HARGA yang anda bayar, kalau apa yang anda inginkan adalah kualiti bertaraf butik, carilah orang yang berkelayakan, kalau kualiti taraf ready made, cari lah orang yang berkelayakan dengan harga yang layak baginya.

pihak kilang kebiasaanya akan sediakan ratio saiz dan nisbah , ini anda bagi pada permulaan sebelum production. Ratio nie maksdunya,,, berapa pcs yang anda perlukan untuk setiap saiz, setiap brand pasti ada target maket yang berbeza, jadi anda kena kenal pasti pelanggan anda, dan saiz yang anda nak.

beritahu tukang jahit adakah anda ingin habiskan kain yang anda beri atau hanya buat mengikut tempahan nisbah anda beri.

untuk membeli kain, jika satu baju anggaran kain dipakai adalah 2 meter, jadi total utk 20 helai baju adalah 40 meter,, maka sediakan kain 45 meter,,, kalau berlebih tukang jahit akan potong sehingga dapat lebihan pcs, jika kurang, anggaplah tiada rezeki.. hehe, macam saya maklumkan sebelum nie, kain akan ada defect dan tukang jahit mahir, kadang-kadang pun akan tak mahir, jadi jahitan defect, perlu pakai kain lebih untuk ganti. kita jahit pukal yer.. ^_^

saizing ukuran yang anda bagi kemungkinan untuk berbeza dari apa yang anda dapat, adalah perkara yang tak mustahil.


3) Tempahan siap


sebelum ambik barang, buat bayaran penuh, kalau pakai cek atau tranfer online dari bank lain, yang makan masa 3 hari untuk clear bayaran, sila pastikan awal-awal dah buat payment awal, kalau tak barang anda terpaksa dihold pulak.

selepas terima, semak kuantiti diterima sebelum tandatangan borang terima barang. Awak boleh bawak kawan-kawan, sanak saudara untuk datang membantu untuk kira stok kat kilang. Untuk elakkan anda dah sain borang terima kauntiti yang dinyatakan, bila sampai rumah, kuantiti yang dinyatakan tak betul pulak. nak mintak tambahan tapi borang terima yang ada kata barang tu betul anda terima kuantiti tersebut dah dipersetujui. kalau dapat sale marketing yang baik macam saya mungkin saya akan tambahkan kalau dapat jenis ikut buku dan jenis bukan warganegara, nak buat lagu mana ya dak..


itu sahaja rasanya yang saya teringat nak postkan , lagi... hemm ada lagi tak yang nak tahu? boleh tinggalkan comment dibawah, saya akan tolong update lagi post ini.

untuk pertanyaan lanjut boleh whatapp saya pada no +6013-3611.807 ,

SEMOGA INI BERMAAFAAT UNUTK ANDA.TERIMA KASIH.


kilang saya menerima tempahan MOQ
baju dewasa lelaki perempuan : 50 pcs (harga 50 pcs tidak boleh kurang dari rm24.00)
tudung : 5 kodi (100pcs)
handshock : 1000pasang
baju kanak-kanak : 100 PCS

selayang batu caves.


1 comment:

Atiqah Aziz said...

Salam, thank you sis sbb share info. Semoga bakal pelanggan/ pelanggan yg dah ada ni faham kan sis.;)